Saya selaku Yang Dipertua Yayasan Amal Maaruf Malaysia mengucapkan salam takzim kepada semua pihak yang terlibat membantu menjayakan semua aktiviti Yayasan Amal Maaruf Malaysia. Saya bersyukur kehadrat Allah s.w.t diatas limpah kurnianya, maka terlaksanalah program amal untuk membantu golongan yang kurang berkeupayaan, dari segi fizikal, mental, material dan kerohanian.

Sesungguhnya untuk menjayakan aktiviti amal ini memerlukan iltizam yang tinggi, serta bersedia berkorban masa, tenaga dan material. Justeru itu semua pihak diperlukan untuk memberikan kerjasama. Saya yakin melalui gerak kerja yang aktif dan tersusun serta kerjasama semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan Yayasan Amal Maaruf Malaysia, maka semua projek yang dirancang dengan izin Allah s.w.t akan mencapai kejayaan yang cemerlang.

Marilah kita bersama‐sama memberikan sumbangan mengikut keupayaan dan kudrat atas rahmat yang telah diberikan Allah s.w.t kepada Yayasan Amal, semoga semua sumbangan yang diberikan itu menjadi suatu ibadah amal jariah dan insyaallah mendapat keberkatan Allah s.w.t jua. Kita hanya berusaha semulia mungkin melaksanakan perintahNYA dan Allah s.w.t jua yang menentukannya.

Sekian, terima kasih.



HAJI HAMSAN BIN HAJI OMAR P.I.S
YANG DIPERTUA

Matlamat Penubuhan

 

Aktiviti

Aktiviti Yang Telah Dilaksanakan

08/01/2018

Pusat Latihan Amal Maaruf (P.L.A.M.) MALAYSIA

Pusat Latihan ini sebagai tempat melatih golongan yang memerlukan terdiri daripada warga emas dan Ibu tunggal yang berminat untuk menjadi usahawan kecil. Lokasi di 12F, Tingkat […]
08/01/2018

Keluarga Angkat

Visi yayasan adalah sebagai pemangkin kepada ummah yang berada dibawah paras kemiskinan dan mengangkat martabat manusia yang seimbang dunia dan akhirat melalui ilmu, iman dan amal. […]
08/01/2018

Tadika/Taska Komuniti

Pendidikan pra‐sekolah adalah diletak dibawah Kementerian Pendidikan Malaysia dan berdaftar dibawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Ia adalah mengikut piawaian yang ditetapkan dan memudahkan pelaksanaan Tadika dan […]

PENGUMUMAN

Rakan Strategik

{"arrow":"true","pagination":"true","speed":"50000","autoplay":"false","autoplay_speed":"3000","loop":"true","mode_bx":"horizontal","slide_to_show_bx":"5","max_slide_to_show_bx":"5","slide_to_scroll_bx":"5","slide_margin_bx":"0","slide_width_bx":"150","start_slide_bx":"0","ticker_bx":"true","ticker_hover_bx":"true","height_start_bx":"false","random_start_bx":"true","caption":"false"}